Kali terakhir aku menulis adalah semasa bertugas di HSNZ. Kini aku dah pun bertugas di klinik kesihatan berhampiran dengan rumah. Cukup satu perkataan untuk menggambarkan keadaan hidup aku pada ketika ini "HEAVEN". Aku sekarang berada dalam fasa yang sangat selesa, duit dan masa yang cukup dan tidak terikat kepada sebarang komitmen kehidupan.
Sekarang fokus aku adalah untuk mengembirakan diri sendiri. Aku mulai sedar yang hidup harus fokus kepada apa yang ada didepan mata. Pengalaman banyak mengajar aku tentang makna kehidupan, jangan terlalu memikirkan masa lalu sebab sudah tidak ada apa yang boleh mengubahnya, terimalah hakikat yang ia sudah berlalu. Usah pula mengkhuatirkan diri dengan masa depan yang belum tiba, raikan masa yang ada sekarang.
Aku mula mempunyai minat yang baru iaitu mengembara ke luar negara. Sedikit sebanyak aku dapat mengenali diri sendiri, terutama tahap kesabaran diri. Tahun 2017 aku ke krabi dan korea, tahun 2018 aku ke india dan pada april-mei tahun ini aku ke jepun. Insyallah pada hujung bulan 9 aku akan ke jakarta dan bandung. Untuk berjalan ke luar ni, perancangan kewangan sangatlah penting. Selain dari simpanan khas untuk travelling , aku juga oncall untuk menambah kewangan semasa. Alhamdulillah , masih mampu untuk terbang dan mengembara.
Harap- harap lepas ni akan akan sambung menulis lagi di blog ni.
Salam ,
zie 2019
No comments:
Post a Comment