Tabungan Masa Depan

3/31/20

Kalau

Buah kalau

Kalau covid ni da habis , apa yang kau nak buat ?

Pergi Mekah, Madinah
- Benda yang paling aku regret sebab tak sempat nak buat. Tahun ni memang aku plan untuk gantung pasport, tapi tak sangka pulak semua orang pun kena gantung pasport. Bila covid ni dah reda, aku akan usahakan untuk pergi buat umrah. Semoga Allah sampaikan aku pada rumahNYA. 

Sedekah
- Aku tak ambil berat sangat pasal sedekah ni. Sebelum ni memang ada sedekah, tapi tidak konsisten seperti yang sepatutnya. Pertama nak bantu sanak saudara, especially yang duduk dekat-dekat ni. Aku rasa aku kena upkan portion gaji untuk sedekah ni. Dalam rezeki kita ada rezeki orang lain. 

Kelas Agama
- Benda yang selalu aku tangguh. Aku tekad nak masuk kelas mengaji. Kena. Tolonglah doa supaya Allah tetapkan hati aku untuk cari hidayahnya 

Nak siapkan diri untuk mati 
Nak mati dalam husnul khatimah 

3/21/20

COVID 19

COVID-19

scary as hell. 
sebagai frontliner , aku memang sangat berisiko untuk dapat covid 19
sebagai precaution, aku cuba social distancing kat rumah, mak dan ayah aku ni golongan high risk morbidity kalau dapat covid, so aku nak try as i can untuk reduce the risk
as day goes by, aku rasa covid 19 semakin scary. u just dont know if you have contacted with asymptomatic person. i just pray hardly that Allah will protect me. 


TREADMILL
aku da beli treadmill. rm 6000.
semoga rajin berlari wahai zahidah

3/5/20

Current favourite drama

Anne with the E

Mengisahkan seorang anak yatim piatu yang akhirnya menemui sebuah keluarga yang sudi menerimanya sebagai sebahagian ahli keluarga.

Anne ni sangat suka berimaginasi. Aku sangat suka tengok pengunaan "big word" oleh anne dalam cerita ni untuk describe sesuatu,contoh "this is morbidly wrong". Anne ni seorang yang sangat suka membaca , membaca ni macam terapi untuk dia escape dari kehidupan dia sebagai orphan yang menyedihkan dan inilah yang membuka pintu imaginasinya.

Sekarang ni tengah ongoing season 2.

3/3/20

Banyak benda

Politik tanah air

Aku suka mengikuti perkembangan politik tanah air negara secara santai. Kadang- kadang aku akan tengok sidang parlimen dekat youtube , kadang-kadang aku baca blog MSO dan posting wall ahli ahli politik.

Sejak Tun M letak jawatan sebagai PM ke 8 dan bermulanya hura hara politik negara aku rasa macam, wow menariknya politik ni. Strategi politik lebih tepat. Aku pun mula la menanam azam baru untuk banyakkan membaca pasal politik dan sejarah ni.

Secara peribadi , sebelum pru 14 , aku sangat berharap BN akan tumbang dan harapan tu menjadi kenyataan. Tapi selepas berada dibawah pentadbiran PH , mula la nampak cacat cela . Lebih menggusarkan adalah apabila aku lihat nasib orang Islam dan melayu seakan -akan dipijak oleh puak2 ni. Memang aku doa MN dapat ambik balik Malaysia sebelum semuanya hancur. Syukur bila kuasa berpindah semula. Tinggi harapan aku sebagai rakyat Malaysia agar pemimpin negara ni dapat menjaga amanah yang rakyat berikan.

Allah, peliharakan Malaysia.
Kekalkan kami dalam iman dan islam.


Treadmill

Akhirnya aku purchase treadmill nordick. Mungkin jumaat ni dapat kot.
Yahooo