Tabungan Masa Depan

4/13/20

rude patient



aku geram gile ba** tadi dengan patient kat klinik tadi 
so mak budak ni datang klinik untuk ambil prolonged jaundice anak dia
by CPG kalau dah day 21 kena ambik blood for LFT, TSH and FBC
so aku inform la nak ambil darah 3 botol 
sekali mak budak ni respond, mampus la anak saya 

aku terus mengelegak 
dengan annoying aku reply, tak pernah lagi ada budak mati saya amik darah 3 botol ni 
pastu aku pun cakap kat kawan aku yang kebetulan datang nak bertanya and tolong isi lab form , xpayah la amik darah 3 botol, ambil satu je , mak dia xnak 
mampus la kalau ko nak sakit hati ke apa 

masa aku tengah poke anak dia , boleh dia cakap, cepatt la anak nangis dah tu 
eh bahlol, kalu dah kena poke memang la nangis 
last2 ambil juga tiga botol, aku kesian kat anak dia je. dahla dapat mak macam tu. hampeh 

lepas tu dah settle ambil blood, aku terus blah. isi lab form semua. 
pastu pergi kat mak budak tu, bagi buku and suruh g jumpa misi untuk urine pulak
malas dah aku nak exlain ke orang x reti bahasa ni 
GTH

4/9/20

No weekend for me

Padat jadual minggu ni. 
Penat pun boleh tahan, da 2 hari, balik je mandi lepas tu terus masuk dalam bilik. Lepas magrib terus tidur. 
Bangun pukul 5,30 pagi, sembahyang isyak lepas tu tunggu subuh then siap2 g kerja balik. 

Esok pulak standby untuk kes covid dekat KK Rahmat 
Lusa oncall HSC Covid
Harap-harap la tak ada kes. Gue mau istirahat. 

Kekadang tu rasa jugak la nak cuti panjang macam orang lain tapi tak nak panjang sangat macam dalam PKP ni
aku tak burn out lagi setakat ni, boleh berkhidmat seperti biasa lagi
hormonal imbalance tu biasa la, nama pun wanita khen

aku tak setuju dengan orang-orang yang duduk post kat fb gambar2 orang yang positif covid ni. walaupun tuan badan yang post cerita beliau sendiri, tapi rasanya tak perlu la kot ko nak menambah dosa dengan post lagi statement dia. apa pekdahnya ..


4/4/20

hari minggu


aku rasa malas nak buat apa-apa hari ni
mood pun rasa down je, lemau sepanjang hari
malas nak bercakap
tapi asyik makan je

summary hari ni:
bangun lambat,lepas subuh aku tidur balik
pukul 10 baru bangun
sedar2 terus baca mesej, hurm tambah lagi kes covid 19 kat kawasan aku ni 

lepas tu aku mop ruang tamu 
then jogging dulu 5 km 
after dah berpeluh sakan, baru la aku pergi mandi
sedar-sedar dah pukul 1. 
Pastu semayang zohor
layan cerita seven days, ramai pulak viral cerita ni kat facebook. so tengok la cerita tu
biasa je 

lepas sembahyang asar
next aku g cabut rumput kat luar
angkat kain 
buat popcorn

tup tup dah azan magrib, lepas solat aku lari lagi 30 min
complete 10,000 langkah 
then mandi
rehat2 main tepon
tetibe 3H datang rumah, main ngan budak2
lepas tu g basuh pinggang mangkuk

hajar xnak tidur lagi
nak mandi pulak,, oklah mandikan hajar
teman dia tengok tepon sampai habis bateri,, sabor je la
lepas tu main lego pulak

dah pukul 1230 , aku pun g dapur, masak spageti
hajar g tidur dengan ma
sekarang perut aku kenyang gile
macam sia2 je aku lari hari ni

kesian. sekian