Tabungan Masa Depan

8/31/20

Buat lesen open water scuba diving

 

Hello hello

Dah masuk bulan september , sekejap je masa berlalu. 


Setelah dua kali (dua bulan berturut-turut) aku pergi pulau, akhirnya aku dan Nisa decide nak buat lesen untuk scuba diving. Aku pernah buat discover scuba diving masa 2017 or 2018, ada niat nak buat lesen tapi terkubur macam tu je la. Sampailah reunion dengan Nisa and Aida tahun ni, baru terbuka balik hati nak buat lesen. 


Tempat & Kos

Aku buat lesen dekat Pulau Perhentian, di Seahorse diving centre. Seahorse ni dekat long beach, malam-malam tu meriah uols . Harga untuk lesen OW + bilik + meals + equipment  RM1400. Bilik dengan attached bathroom dan kipas. Makan 3 kali sehari, bab makan ni memang puas hati, lauk sedap, portion pulak banyak sampai terlebih. Untuk bilik tu kitaorang upgrade , tambah lagi RM360 untuk 3 malam.

Boat transfer , return ticket RM 70. 

Masa dekat jeti kena bayar RM 5 per person untuk marine park


Pakaian

Aku pakai baju dryfit dan seluar yang tight sikit. Tudung neelofa yang ada tali kat belakang tu, beli dekat shopee, RM45 kot. 

Sebelum nak pergi ni, aku ada google jugak la pakaian apa yang sesuai nak pakai untuk buat lesen ni. Main concern jugak la bab pakaian ni, sebab mostly aku nampak pakaian untuk diving ni agak fit. Yer la nak masuk air ni kalau loose sangat nanti tersangkut baju kat dalam tu, panic jugak. Tapi Alhamdulilah, lepas je nak pakai baju jogging aku. Sejuk sikit, tapi boleh tahan. 

Mask , fin, BCD, regulator dan lain-lain tu memang provided by diving centre. 


Perasaan

Takut tapi dalam masa sama rasa teruja. As long as kita tak panic, everything will be okay.  Listen to your instructor , dont forget to breath in and out and have fun. 

since diving ni expensive hobby, kena buat betul- betul, fun-fun jugak tapi safety tu paling penting. 


Gambar tak ada lagi. Nanti kalau ada aku akan upload. 





8/20/20

Throwback Korea 2017


Ni dekat Busan , bercanda tepi pantai dari petang sampai magrib dengan Asiah. 
Busan ni 3rd place yang kitaorg pergi dekat Korea. Mula-mula pergi seoul, lepas tu gwang-ju and final destination Busan 

Big city jugak tapi lebih laid back la berbanding dengan Seoul. Tak ingat dah nama pantai ni, iconic dia bridge depan pantai tu.

Masa lepak-lepak kat sini ada dua orang bangladesh join kitaorg. Borak pasal apa pun tak ingat dah. Dua2 tu pelajar kat korea.


    Ni interior design hotel yang kitaorg duduk dekat Busan. Harga pricey sikit tapi berbaloi sebab tempat dia lawa dan kemas. Hotel ni dalam subway jugak, senang la nak gerak pergi mana-mana.



    Ni situasi kat pantai tu bila senja menjelma. cantik sangat
Aku ingat lagi la, lepas lepak kat pantai kitaorng jalan-jalan sekitar situ layan orang2 busking pulak. Feeling k-pop sikit. 


Ni pun aku dah lupa nama tempatnya. Yang ingat nak pergi sini boleh naik bas, tapi jauh jugak la. Free entrance je nak sampai sini. Asal nak pergi sini sebab Asiah bagitau ni tempat shooting drama korea, aku tengok drama tu tapi tajuk tak ingat jugak.


Bestnya pergi travel. Alhamdulillah sempat juga aku pergi 2,3 negara sebelum covid-19 ni menjelma. Tak tau la bila pulak selamat untuk pergi travel. 

8/6/20

Highlite of the week

 

Appointed as MO Incharge

Dengan berat hati dan terpaksa, aku kena jadi MO incharge klinik.  Aku da berterus terang dengan bos yang aku tak mampu nak pikul tugas ni sebab i seriously have bad communication problem with others.

since boss insisted , i have too.  Kata bos , dunia ni sementara jer, xpayah stress. Lagipun it's about teamwork, i will not working alone. She believe i can do it even i doubt myself


Electric shock

Pagi tadi aku terkena renjatan elektrik, ada la dalam 30 seconds.  Lepas mandi, aku nak ambil jam fitbit yang aku charge dari malam tadi, aku terlupa nak off switch. Sekali current tu terus tangkap tangan aku, memang melekat jam tu dengan tangan, satu badan rasa buzz buzz. Aku nak try tarik dengan tangan lagi satu pun tak berjaya. Lepas 30 sec tu, jam tu tercampak dari tangan. Sikit lagi nak mati. 

Aku tetap pergi kerja , sampai klinik ambil vital sign and buat ecg. Bp je lowish sikit, nasib la ecg ok je. 

Sampai sekarang aku rasa tangan aku ni sakit and lenguh lagi. Lepas ni kena make sure tutup dulu plug, before nak ambil apa2 alat elektrik.