Ni dekat Busan , bercanda tepi pantai dari petang sampai magrib dengan Asiah.
Busan ni 3rd place yang kitaorg pergi dekat Korea. Mula-mula pergi seoul, lepas tu gwang-ju and final destination Busan
Big city jugak tapi lebih laid back la berbanding dengan Seoul. Tak ingat dah nama pantai ni, iconic dia bridge depan pantai tu.
Masa lepak-lepak kat sini ada dua orang bangladesh join kitaorg. Borak pasal apa pun tak ingat dah. Dua2 tu pelajar kat korea.
Ni interior design hotel yang kitaorg duduk dekat Busan. Harga pricey sikit tapi berbaloi sebab tempat dia lawa dan kemas. Hotel ni dalam subway jugak, senang la nak gerak pergi mana-mana.
Ni situasi kat pantai tu bila senja menjelma. cantik sangat
Aku ingat lagi la, lepas lepak kat pantai kitaorng jalan-jalan sekitar situ layan orang2 busking pulak. Feeling k-pop sikit.
Ni pun aku dah lupa nama tempatnya. Yang ingat nak pergi sini boleh naik bas, tapi jauh jugak la. Free entrance je nak sampai sini. Asal nak pergi sini sebab Asiah bagitau ni tempat shooting drama korea, aku tengok drama tu tapi tajuk tak ingat jugak.
Bestnya pergi travel. Alhamdulillah sempat juga aku pergi 2,3 negara sebelum covid-19 ni menjelma. Tak tau la bila pulak selamat untuk pergi travel.
No comments:
Post a Comment