Tabungan Masa Depan

2/19/21

Mok

Tadi aku hantar makanan ke rumah mok. Hari ni aku duduk lama sikit , berbual-bual dengan mok. Aku mengadu penat dah bekerja, rasa macam nak cari kerja lain. Sebab aku dah sebut pasal ni, mok pun cerita la pengalaman dia kerja keras zaman muda-muda dulu. Mok memang seorang yang sangat rajin berbakti pada tanah dan bekerja keras untuk menyara keluarga. Mok cerita kalau dah masuk musim hujan , dia akan mula menyemai benih2 sayur. Tanah akan diletakkan diatas pelepah kelapa dan kemudian dibakar, lepas tu benih sayur akan ditabur atas tanah yang dibakar tadi.  Bila benih dah jadi anak pokok, proses seterusnya dipanggil cedung, anak pokok ni akan dipindahkan kebatas-batas. Lepas anak pokok ni makin besar, anak pokok ni akan dipindahkan & ditanam semula, baja akan diletakkan dan digaul dengan tanah, lepas tu anak pokok akan ditanam. 

Mok cerita juga diakan gali sendiri telaga ditempat dia menanam, dengan kudrat perempuan..hebat. Hasil tanaman ni dijual kepada peraih-peraih. Mok cerita hanya sekali je dia pernah ke jerteh dengan tok ayah untuk jual terung yang ditanam, dua guni banyaknya. Sesampai di jerteh, dah ada 2 orang peraih tunggu dan beli terung dari mok.

Pernah sekali kata mok, jari dia disengat lipan semasa nak tanam anak pokok. Sebab sakit sangat mok minta tok ayah bawak ke klinik, sampai diklinik dapat 2 jenis ubat suntikan yang dressar bagi. Tak lama lepas dapat ubat mok rasa pening macam nak jatuh, tok ayah minta mok tunggu diklinik dan pergi ke rumah cikgu Him nak minta hantar mok dengan kereta sebab mok & tok ayah ke klinik dengan motor.  Tapi rupanya cikgu Him tak ada kat rumah. Jadi mok & tok ayah naik motor untuk balik, sampai tengah jalan mok suruh tok ayah berenti sebab dia rasa nak pitam. Bila tok ayah berenti je, mok kata dia terus pitam tapi boleh dengan lagi suara tok ayah panggil. Tok ayah terus tahan kereta tepi jalan, nasib baik kereta Tok wan daud laulu, dia berenti dan tolong papah mok ke rumah. Mok kata sampai rumah dia memang terus tidur sampai la esoknya. Kata mok dia berasa malu dengan tok wan daud sebab peristiwa ni. 

Untung mok dapat suami macam tok ayah, mereka bukanlah pasangan rumantik tapi hidup dengan penuh rukun. Masa menaip ni aku menitiskan air mata, semoga arwah tok ayah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. 



No comments:

Post a Comment