Tabungan Masa Depan

Showing posts with label Travel. Show all posts
Showing posts with label Travel. Show all posts

8/20/20

Throwback Korea 2017


Ni dekat Busan , bercanda tepi pantai dari petang sampai magrib dengan Asiah. 
Busan ni 3rd place yang kitaorg pergi dekat Korea. Mula-mula pergi seoul, lepas tu gwang-ju and final destination Busan 

Big city jugak tapi lebih laid back la berbanding dengan Seoul. Tak ingat dah nama pantai ni, iconic dia bridge depan pantai tu.

Masa lepak-lepak kat sini ada dua orang bangladesh join kitaorg. Borak pasal apa pun tak ingat dah. Dua2 tu pelajar kat korea.


    Ni interior design hotel yang kitaorg duduk dekat Busan. Harga pricey sikit tapi berbaloi sebab tempat dia lawa dan kemas. Hotel ni dalam subway jugak, senang la nak gerak pergi mana-mana.



    Ni situasi kat pantai tu bila senja menjelma. cantik sangat
Aku ingat lagi la, lepas lepak kat pantai kitaorng jalan-jalan sekitar situ layan orang2 busking pulak. Feeling k-pop sikit. 


Ni pun aku dah lupa nama tempatnya. Yang ingat nak pergi sini boleh naik bas, tapi jauh jugak la. Free entrance je nak sampai sini. Asal nak pergi sini sebab Asiah bagitau ni tempat shooting drama korea, aku tengok drama tu tapi tajuk tak ingat jugak.


Bestnya pergi travel. Alhamdulillah sempat juga aku pergi 2,3 negara sebelum covid-19 ni menjelma. Tak tau la bila pulak selamat untuk pergi travel. 

7/20/20

Pulau Redang


Travelling date : 17/7/2020 -19/7/2020
Accommodation + Snorkelling fee : RM 300
Fee to tutle point & little maldives : RM 45
Snorkelling gear & life jacket : RM 15 

Aida & Nisa roger nak pergi Pulau Redang. Memula tu aku macam tak boleh nak join sebab kena attend course, sekali nama aku cancel pulak, so onz la. 

Hari jumaat, lebih kurang pukul 2 pagi Nisa & Aida sampai dari KL. Tidur -tidur ayam kejap sementara menanti mentari pagi menjelma. Aku pun tak boleh nak tidur sangat , excited maybe. 

Dari rumah aku ke jeti Merang ambil masa lebih kurang 30 minit. Kalau orang lain drive mungkin boleh sampai lagi awal la kot. Aku baru tau rupa-rupanya ada 2 jeti dekat Merang, 1 jeti yang dibuat oleh goverment , satu lagi macam orang kampung punya, unofficial jeti. Kitaorang naik dekat jeti yang unofficial ni. Kereta pun tinggal sini je, RM30 untuk 3 hari 2 malam. Alhamdulillah selamat je nak tinggal pun. 

Kitaorang duduk Delima Redang Resort, dari Jeti Merang ke situ ambil masa lebih kurang 30 ke 40 minit. 
Aku tak ingat dah pukul berapa sampai, maybe dalam pukul 10.30 pagi kot. Bila sampai tu ada welcome drink and after bilik ready kitaorg pun check in la. 

Bagi aku dengan harga RM300 tu memang berbaloi la bilik dia. ada 1 queen bed , 1 single bed, attached bathroom , aircond and fan. Makan pulak 4x/hari,  ayam and ikan tu lauk wajib ada untuk lunch and dinner. 

Untuk Day 1 , aku & nisa pergi snorkelling. Aku expect akan pergi few point untuk snorkelling. Tapi pergi 1 point je . Time snorkelling pulak memang ada 2-3 boat. Ramai nau orang. Pukul 4 petang balik . Aida pergi diving, jeles pulak i. 

Day 2 , pagi tu dalam pukul 10 lebih kot, kitaorg snorkelling sekali lagi dekat open sea. Coral memang cantik, ikan pun banyak. Tapi agak berombak la time tu. Lepas balik dari snorkelling pagi tu, kitaorg decide untuk g snorkelling dekat turtle point and pergi mini maldives. 

Memang worth every penny la pergi dekat turtle point tu. Ada 9 ekor penyu dekat situ. Boleh belai2 dan bermanjah dengan beliau. Aku cukup sekadar nak ambil gambar and video je la. Nak belai2 tu lambat lagi.

Habis la sesi snorkelling kami, balik bilik rehat2. Lepas tu pergi dinner 
Rezeki kitaorg , rupanya Datuk Dr Zulkifli , menteri agama dengan exco2 badan agama terengganu kot ada dinner situ. Bukan senang nak jumpa ulama ni. Excited jap rasa. 

Day 3, pukul 7.30 kitaorg pun pulang la ke darat. 

begitulah cerita ringkas jalan2 pulau redang 

Aku nak bubuh gambar, tapi internet pulak slow melow ni.


10/6/19

The Lodge Maribaya

The lodgemaribaya
The sky wing
Location : The Lodgemaribaya, Bandung
Sky Tree
Location:  The Lodgemaribaya, Bandung


The Zip Bike
location: the lodgemaribaya , bandung



Short trip ke Jakarta dan Bandung , 4 hari 3 malam. Hari ke 2 , naik train dari St Gambir ke Bandung. Tempat pertama kami pergi adalah the lodge maribaya , bandung.  Dari Jakarta ambil masa sejam lebih , disebabkan jammed. 

Tempat ni aku personally rasa worth it untuk bergambar je la. Setiap attraction tu kena bayar, tapi begitulah , bayar je la sebab nak gamba cool. Hahaha