Tabungan Masa Depan

3/21/20

COVID 19

COVID-19

scary as hell. 
sebagai frontliner , aku memang sangat berisiko untuk dapat covid 19
sebagai precaution, aku cuba social distancing kat rumah, mak dan ayah aku ni golongan high risk morbidity kalau dapat covid, so aku nak try as i can untuk reduce the risk
as day goes by, aku rasa covid 19 semakin scary. u just dont know if you have contacted with asymptomatic person. i just pray hardly that Allah will protect me. 


TREADMILL
aku da beli treadmill. rm 6000.
semoga rajin berlari wahai zahidah

3/5/20

Current favourite drama

Anne with the E

Mengisahkan seorang anak yatim piatu yang akhirnya menemui sebuah keluarga yang sudi menerimanya sebagai sebahagian ahli keluarga.

Anne ni sangat suka berimaginasi. Aku sangat suka tengok pengunaan "big word" oleh anne dalam cerita ni untuk describe sesuatu,contoh "this is morbidly wrong". Anne ni seorang yang sangat suka membaca , membaca ni macam terapi untuk dia escape dari kehidupan dia sebagai orphan yang menyedihkan dan inilah yang membuka pintu imaginasinya.

Sekarang ni tengah ongoing season 2.

3/3/20

Banyak benda

Politik tanah air

Aku suka mengikuti perkembangan politik tanah air negara secara santai. Kadang- kadang aku akan tengok sidang parlimen dekat youtube , kadang-kadang aku baca blog MSO dan posting wall ahli ahli politik.

Sejak Tun M letak jawatan sebagai PM ke 8 dan bermulanya hura hara politik negara aku rasa macam, wow menariknya politik ni. Strategi politik lebih tepat. Aku pun mula la menanam azam baru untuk banyakkan membaca pasal politik dan sejarah ni.

Secara peribadi , sebelum pru 14 , aku sangat berharap BN akan tumbang dan harapan tu menjadi kenyataan. Tapi selepas berada dibawah pentadbiran PH , mula la nampak cacat cela . Lebih menggusarkan adalah apabila aku lihat nasib orang Islam dan melayu seakan -akan dipijak oleh puak2 ni. Memang aku doa MN dapat ambik balik Malaysia sebelum semuanya hancur. Syukur bila kuasa berpindah semula. Tinggi harapan aku sebagai rakyat Malaysia agar pemimpin negara ni dapat menjaga amanah yang rakyat berikan.

Allah, peliharakan Malaysia.
Kekalkan kami dalam iman dan islam.


Treadmill

Akhirnya aku purchase treadmill nordick. Mungkin jumaat ni dapat kot.
Yahooo

1/12/20

2020

Sampai juga kita ke tahun 2020 , tahun yang sinonim dengan bayangan kereta berterbangan diudara malaysia. Syukur, masih di beri peluang untuk bernafas.

Aku baru saja balik dari temuduga untuk sambung belajar di ukm baru baru ni. Secara ringkasnya aku gagal menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh panel-panel penemuduga. Sesuai dengan apa yang selalu aku ucapkan , memang tuhan bagi. Aku hanya nak pergi untuk ambil pengalaman sahaja, itulah yang aku ucapkan dekat semua orang, hah kelu lidah masa temuduga. Malu bukan kepalang gue rasain. Hahaha

Move on dari kisah interview.

Aku akan berjalan- jalan ke vietnam bulan 2 ni. Banyak duit nak guna.

Hotel kat hcm : 160/ person untuk 4 hari
Flight ke Da nang : +160
Flight balik ke KL : +400 (terpaksa beli baru sebab aku tak nak pergi lama)

pending :
hotel dekat da nang:
transportation
duit poket

Takper la berhabis trip ni. ni last trip. lepas ni aku nak kawen pulak.

11/2/19

Berlari

Berdasarkan data dari strava aku dah berlari sebanyak 101 KM. Sebagai reward kepada diri sendiri, aku beli kasut baru, Gel Nimbus 21. Harga RM 479 . Kasut paling mahal pernah aku beli, ni pun lepas dah fikir atas bawah depan belakang.

Mula- mula berlari ni sebab nak bakar lemak je, lama kelamaan jadi addicted pulak. Sehari kalau tak pergi berlari tu rasa macam tak best. Alhamdulillah setakat ni dalam seminggu tu at least ada 3x aku akan pergi berjogging , 5-6 km setiap kali berlari. Tu dah rasa hebat sangat dah. Hhahaa. 

Setelah diusulkan oleh adik aku untuk join group FB Malaysia Runner aku pun join la. Little did i know i'm doing it wrong. Yer la mula-mula niat tu setakat nak berjogging nak kurus je, sekarang ni rasa macam dah 360 degree niat bertukar iaitu nak train untuk join half marathon. Kemain kan. 

Run slow to run fast. Tu diaa
Sebenarnya berlari ni kena ikut heart rate bukannya kejar pace. Setelah melakukan pembacaan yang agak intensif di facebook, dapatlah ilmu sikit. So dalam first 3 month ni , bulan 11- 1 , aku kena train untuk berlari dengan heart rate di zon 2 sahaja , 132- 145 sahaja. untuk base and anatomical adapation. Baru tau weh nak berlari pun kena bersabar. :)

Wish me luck 

10/13/19

resolution

Azam baru bermula bulan 10 ini adalah untuk keep fit. Aku dah pernah start jogging dulu tapi berhenti sebab malas. Sekarang ni semangat berkobar-kobar , motivasinya adalah seluar yang dah tak muat. Stress betul bila seluar tu tak lepas paha , punggung, tak boleh zip.

First week aku lari almost everyday and little did i know that it was very wrong. Aku lari dalam 45 minit setiap sesi, boleh cecah 5-6 km. Memang menempah kerosakan kaki la kalu aku duduk lari gitu tiap-tiap hari. Setelah melakukan sedikit ulangkaji tentang arena pelarian ni, aku decide untuk jogging sehari, buat HIIT sehari , then rest sehari. Jadi 2 hari exercise , 1 hari untuk recovery. Recovery day tu aku plan untuk gardening atau mop, basuh tandas gitu, still kena sweating juga.

Harap-harap aku boleh kekal bersemangat sampai bila-bila. Kalau berjaya untuk teruskan program ni sampai bulan 12, aku nak reward diriku  sepasang kasut asics yang mahal sikit. Insyallah


10/6/19

The Lodge Maribaya

The lodgemaribaya
The sky wing
Location : The Lodgemaribaya, Bandung
Sky Tree
Location:  The Lodgemaribaya, Bandung


The Zip Bike
location: the lodgemaribaya , bandung



Short trip ke Jakarta dan Bandung , 4 hari 3 malam. Hari ke 2 , naik train dari St Gambir ke Bandung. Tempat pertama kami pergi adalah the lodge maribaya , bandung.  Dari Jakarta ambil masa sejam lebih , disebabkan jammed. 

Tempat ni aku personally rasa worth it untuk bergambar je la. Setiap attraction tu kena bayar, tapi begitulah , bayar je la sebab nak gamba cool. Hahaha