Tabungan Masa Depan

5/29/21

Hiatus

Aku sekarang stuck di bilik gerakan. Bekerja di belakang tabir melawan covid 19. Penat mental, lebih letih berbanding semasa aku dibarisan hadapan walaupun terpaksa berpanas memakai PPE. Berkerja setiap hari tanpa cuti memang sungguh mencabar. Ada hari aku rasa macam nak give up, malas nak pergi kerja, malas nak bangun.malas dah nak bertarung. Tapi perasaan itu terpaksa kucampakkan demi tugas yang dah diberikan. 


Tuhan berikan kami kekuatan.

5/3/21

superior of superior

Bila aku nampak bos kena marah dengan bos besar aku macam terdetik dalam hati, dalam dunia ni tak ada siapa pun kita perlu takut selain Allah.  sebab atas bos besar tu ada bos lagi dan lagi dan lagi.

sekian. penat melawan covid

3/30/21

Resolusi

Resolusi aku bermula dari minggu ni adalah untuk solat diawal waktu, terutama subuh dan isyak. 
Aku berhajat untuk bangun sebelum azan subuh, mandi awal dan kemudian terus solat bila azan. 
Untuk hari Ahad aku berjaya bangun sebelum subuh, hari Isnin terbangun 2minit sebelum subuh, aku teguk air sikit untuk sahur dan lelap semula mata. Lambat sikit subuh hari Isnin. Dan untuk hari ni aku bangun pukul 6.44, memang tak dengar langsung alarm. Mungkin sebab aku susah sikit nak tidur malamnya, mungkin pukul 1 pagi lebih agaknya baru aku tertidur. 

Semoga resolusi aku untuk solat diawal waktu ni dapat terlaksana. 

3/26/21

Tahniah Neelofa dan Pu Riz. Semoga perkahwinan dilindungi hingga ke jannah.

Peminat jauh. Hee

3/25/21

Demam

Hari selasa lepas aku dapat suntikan vaksin covid untuk dos kedua. Malam tu aku mula rasa tak sedap badan, rasa sejuk macam nak demam. Lepas tu kepala mula rasa sakit dan pening. Tempat suntikan tu semakin sakit, sama macam masa dapat suntikan dos pertama. 

Esoknya aku MC dan sepanjang hari tu aku tidur je. Bila bangun dan berdiri rasa pening berpusing-pusing2. Nak makan pun selera tak ada, complete package lah. Aku MC untuk dua hari.

Hari ni aku rasa okay dah sikit, ketiak pulak sakit. 


3/21/21

Berlari

Aku bermalam dirumah Asiah pada hari Jumaat lepas. Aku sampai sebelum magrib, berehat sekejap dan kemudian selepas solat magrib kami ke KTCC untuk makan malam. Asiah memilih untuk makan di Daekgalbi, kami memesan bulgogi with cheese ring dan taekbokki. Ini kali kedua aku makan di Daekgalbi dan memang bukan selera aku makanan korea ni. Kali ketiga? mungkin tidak. 

Keesokan harinya, kami bangun awal dan kemudian bertolak ke kawasan drawbridge untuk jogging. Ramai orang-orang berjogging disekitar kawasan ni. Memang best jogging di kawasan ni sebab pemandangan laut yang cantik ni sampai tak terasa jauh kaki melangkah. Mira pun ikut kami berjogging.

Selepas dah balik ke rumah Asiah semula, kami bersiap ke jalan Banggol untuk ke Arena dan menemani kawanku sorang ni nak membeli subang dan cincin. Habis situ kami ke KTCC sebab aku nak membeli wingbraker dan alatan hiking lain. 

3/18/21

Rajin menulis

Perancangan aku untuk berpuasa sunat hari ni , Alhamdullilah berjaya. Tak rasa letih sangat, gastric pun tak datang menyerang. Berpuasa dengan aman tenteram. Hari Isnin akan datang aku ingat nak berpuasa sekali lagi. Semoga dapat menjalankan ibadah puasa dengan aman tenteram sama macam hari ni.

Hari ni aku dapat DJI Osmo mobile yang aku pesan melalui shopee. Harganya RM 350, beserta dengan tripod dan juga casing box. Murah kalau nak dibandingkan dengan kedai-kedai lain dekat shoppe. Petang tadi sambil menunggu waktu berbuka aku sempat tengok beberapa youtube yang ajar cara nak guna gimbal ni. Nanti bila ada trip ke pulau atau naik gunung aku nak cuba untuk shoot dan buat movie, for my eyes jelah. 

Sepatutnya aku drive ke rumah Asiah lepas magrib tadi tapi badan terasa letih dan agak mengantuk. Jadi aku mesej asiah & mira bagitahu balik rancangan kitaorang untuk jogging pagi esok ditangguhkan ke hari Sabtu. Esok petang la kot aku akan drive ke rumah Asiah, overnight kat situ dan sabtu pagi berjogging di area drawbridge.