Tabungan Masa Depan

9/15/19

Jom berlari

Ini adalah kali kedua aku menyertai sultan mahmud internation bridge run. Tahun lepas aku masuk fun run 5km dan untuk tahun ini aku ambil larian 12 km . Alhamdulillah berjaya menamatkan larian pada catatan masa 1 jam 50 minit, okey la untuk orang yang jarang jarang jogging.

Aku orang last dari peserta 12 km yang mula berlari sebab sampai dah lambat. Sebab macam semua orang da pandang, aku pun zasss laju la sikit, sampai 1km dan semput. Perlahankan larian dan cuba je lah habiskan.

Asalnya tahun lepas aku sangat komited la dengan jogging setiap petang, tapi lepas puasa tahun ni memang jarang sangat aku jogging , jadi aku mula-mula agak ragu dicampur menyesal la sign up for 12 km. Masa lari tadi pun sampai 4km aku rasa macam nak give up dah, 8km lagi nak habis. Tapi aku gagahi jugak dan teruskan berlari. 

Rasanya dah boleh start jogging balik, mungkin selang seli hari lah dan participate dalam mana-mana larian yang akan dianjurkan lagi.

Lets run for happiness.





9/11/19

awkwardness

Tak tahu la kenapa kalau ada orang yang nak berkenalan aku akan automatically get nervous and want it to end instantly. matilah tak kawen sampai tua kalau cenggini gayanya. 

Tu baru nak kenal, kalau nak jumpa aku rasa terus aku dapat anxiety attack. Kalau boleh duduk dalam gua menyorok memang aku duduk bertapa dalam dalam tu. Mungkinkah aku dah reprogrammed otak dan soul aku untuk reject every kind of attachment. Aku macam wonder jugak la, ke aku ni tak move on lagi dari kisah silam tersebut. Bila rewind balik semua benda aku rasa aku actually da terlebih move on, sampaikan move on from my future tu. Hahaha. 

Ahhhhhh. 

9/8/19

Permulaan baru

Setelah sekian lama blog ini diabaikan, tiba-tiba perasaan ingin mencoretkan sesuatu muncul. 
Kali terakhir aku menulis adalah semasa bertugas di HSNZ.  Kini aku dah pun bertugas di klinik kesihatan berhampiran dengan rumah. Cukup satu perkataan untuk menggambarkan keadaan hidup aku pada ketika ini "HEAVEN". Aku sekarang berada dalam fasa yang sangat selesa, duit dan masa yang cukup dan tidak terikat kepada sebarang komitmen kehidupan. 

Sekarang fokus aku adalah untuk mengembirakan diri sendiri. Aku mulai sedar yang hidup harus fokus kepada apa yang ada didepan mata. Pengalaman banyak mengajar aku tentang makna kehidupan, jangan terlalu memikirkan masa lalu sebab sudah tidak ada apa yang boleh mengubahnya, terimalah hakikat yang ia sudah berlalu. Usah pula mengkhuatirkan diri dengan masa depan yang belum tiba, raikan masa yang ada sekarang. 

Aku mula mempunyai minat yang baru iaitu mengembara ke luar negara. Sedikit sebanyak aku dapat mengenali diri sendiri, terutama tahap kesabaran diri. Tahun 2017 aku ke krabi dan korea, tahun 2018 aku ke india dan pada april-mei tahun ini aku ke jepun. Insyallah pada hujung bulan 9 aku akan ke jakarta dan bandung. Untuk berjalan ke luar ni, perancangan kewangan sangatlah penting. Selain dari simpanan khas untuk travelling , aku juga oncall untuk menambah kewangan semasa. Alhamdulillah , masih mampu untuk terbang dan mengembara. 

Harap- harap lepas ni akan akan sambung menulis lagi di blog ni. 

Salam ,
zie 2019