Tabungan Masa Depan

11/2/19

Berlari

Berdasarkan data dari strava aku dah berlari sebanyak 101 KM. Sebagai reward kepada diri sendiri, aku beli kasut baru, Gel Nimbus 21. Harga RM 479 . Kasut paling mahal pernah aku beli, ni pun lepas dah fikir atas bawah depan belakang.

Mula- mula berlari ni sebab nak bakar lemak je, lama kelamaan jadi addicted pulak. Sehari kalau tak pergi berlari tu rasa macam tak best. Alhamdulillah setakat ni dalam seminggu tu at least ada 3x aku akan pergi berjogging , 5-6 km setiap kali berlari. Tu dah rasa hebat sangat dah. Hhahaa. 

Setelah diusulkan oleh adik aku untuk join group FB Malaysia Runner aku pun join la. Little did i know i'm doing it wrong. Yer la mula-mula niat tu setakat nak berjogging nak kurus je, sekarang ni rasa macam dah 360 degree niat bertukar iaitu nak train untuk join half marathon. Kemain kan. 

Run slow to run fast. Tu diaa
Sebenarnya berlari ni kena ikut heart rate bukannya kejar pace. Setelah melakukan pembacaan yang agak intensif di facebook, dapatlah ilmu sikit. So dalam first 3 month ni , bulan 11- 1 , aku kena train untuk berlari dengan heart rate di zon 2 sahaja , 132- 145 sahaja. untuk base and anatomical adapation. Baru tau weh nak berlari pun kena bersabar. :)

Wish me luck 

No comments:

Post a Comment