Tabungan Masa Depan

5/29/20

syawal

hari raya dah sampai 
dah 6 syawal pun hari ni

setakat ni aku dah ganti 2 hari puasa, ada 6 hari lagi tinggal
harap aku dapat selesaikan dalam bulan syawal ni jugak 

2, 3 hari ni aku macam malas nak buat apa2
kena paksa diri untuk bangun dan beraktiviti
maybe sebab dah nak period kot 

malam tadi aku bejaya buat laksa beras setelah beberapa kali percubaan 
hari ni pulak buat kuah laksa penang ikut resepi che nom
serius sedap,,hahaa. angkat bakul sendiri la sikit

5/22/20

Ramadhan 29

Tinggal sehari lagi sebelum syawal menjelma dan ramadhan melabuhkan tirainya
Alhamdulillah , dapat buat terawih penuh tahun ni
Khatam al quraan belum lagi , baru juz 18. Tahun depan aku kena bersemangat lagi 

Aku ada misi baru lepas da habis bulan puasa ni, iaitu untuk eat clean. 
Harap2 la aku boleh memberikan komitmen kepada diri sendiri
Ni tengah duduk belek2 resepi eat clean.
Pagi tadi aku da start buat list menu seminggu, pastu layan shopee untuk beli organic food. Kalau bab shopping semangat sikit.
Aku aim untuk reduce body fat to 35 % by 2 weeks. By 1 month kalau boleh nak reach 30% 
Kalau exercise aku xdek masalah.. tapi makan ni payah sikit...tapi ku harus mencoba 

Doakan dirimu sendiri untuk berjaya 

5/7/20

sepatutnya aku da boleh puasa hari ni
nak di jadikan cerita, dalam pukul 6 lebih tu aku rasa nak try exercise sikit sebelum bukak puasa
so aku buat warm up and lari la kat treadmill dalam 5-10 minit
dop rop cetong, aku pun stop la

6.30 aku nak g mandi and sekali..x boleh solat lagi.
30 min before buka puasa
apa lagi terus la makan

kesian terima kasih

5/5/20

mary kay


biasa kalau waktu lunch hour, aku akan lepak dekat bilik fisio. 
lepas solat, kadang2 tidur, kadang borak2 kosong 

nak dijadikan cerita masa duduk melepak2 ni
kitaorg duduk menyembang pasal skin care 
kalau ikut kan muka aku ni okey je , ada jeragat skit2
tapi bile dah ditiup2 pengaruh rakan sebanya oleh pengguna mary kay ni, terasa macam nak mencoba pulak

lantas pada hari sabtu, kak mai mesej aku pasal promosi2 mary kay
tanpa berfikir panjang aku pun onz la jadi ahli, bayar rm70

sekarang tengah fikir nak guna set mana
timewise harga dekat 500,, terkejut mak
botanical pulak 266

nak fengsan dengan harga2 beliau
tapi tula tengah fikir nak beli ke tak

duit banyak , kalau xguna kat diri sendiri nak guna kat sapo lagi