Tabungan Masa Depan

3/15/21

Outing with ma

Jam 12:05am
Ditemani bunyi kipas syiling 

Aku ambil cuti rehat selama 2 hari, semalam dan hari ni. Tiada apa-apa perancangan pun ,aku cuma nak berehat sahaja. Lelah rasanya bekerja terutama dibulan Februari yang benar-benar menguji kesabaran aku. Sikit lagi boleh join wadi duduk melepak depan Farmasi Ehsan. Mujur tuhan masih sayangkan aku. 

Hari ini aku dan ma pergi jalan-jalan di Gong Badak. Niat dihati nak beli pakaian untuk hari raya. Beli terus, bulan puasa kalau boleh aku dah taknak ke kedai. Maklumlah dimusim covid 19 ni, keselamatan lebih utama, tak sanggup nak bergelumbang dengan manusia semata-mata nak memilih baju raya.  Namun tiada satu pun baju yang berkenan walaupun dah dua tiga kedai kami masuk. Nak pelepas angin dah datang jauh, aku bawa ma pergi ke ariani. Aku bayarkan sehelai tudung segera yang ma pilih, boleh tahan harga tudung tu. Alah membeli menang memakai, tak apa lah mahal sikit asalkan puas hati. Tudung ma pun dah banyak renyuk dekat kawasan awning, memang patut dibeli baru satu. 

Hati kecil rasa sayu melihat ma berjalan perlahan berbanding aku yang lebih laju menapak. Aku cuba perlahankan langkah biar sama laju dengan langkah kaki ma. Entah kenapa laju pula air mata mengalir, sebak dadaku.  Aku sedar banyak kekurangan aku sebagai anak tapi aku harap aku mampu bahagiakan ma yang dah banyak berkorban untuk anak-anaknya. 

Semoga Allah senantiasa merahmati ma dan semoga aku dapat membahagiakan ma selama-lamanya. Amin

No comments:

Post a Comment