Tabungan Masa Depan

8/28/21

Selamat pulang ke negeri abadi cik mail

Hari ni, hari yang suram untuk warga KKP. Kami kehilangan seorang staff yang sangat berdedikasi dan baik..Tak tau berapa banyak air mata mengalir hari ni sebab terkenangkan cik mail. 

Semoga Allah lapangkan kubur arwah dan jauhi dia dari siksaan kubur.. tengah menaip ni pun air mata laju je mengalir.


Kematian adalah permulaan kehidupan yang sebenar 

8/22/21

Hari ni Linda dah masuk kerja balik lepas dia cuti bersalin hari tu. Rasa macam happy sikit dapat balik kawan bergelak ketawa, tak ada la aku duduk dalam bilik tengok patient je. Lunch hari ni aku keluar makan dengan Linda, lepas solat zohor aku drive ke Hentian Rahmat. Aku beli laksa penang dengan manggo shake, si Linda ni pulak beli nasi chicken butter.  Pastu singgah dekat mart tepi kedai makan tu beli kacang & coklat. 


Aku still ada low mood and kurang bersemangat. Tapi aku kena cuba atasi benda2 ni. Doakan daku.

8/20/21

Day out with mom


 

Semalam aku ajak ma pergi jalan-jalan. Mula-mula tu ingat nak pergi cari makan dekat kawasan rumah je . Tapi rasa macam nak makan pizza pulak, paling dekat adalah di Jerteh. So, reroute perjalan ke Jerteh, dari rumah aku nak ke Jerteh ambik masa dalam 30 minit jugak la. SJR ada dekat area kg Bintang, tpai polis lepas jelah, and kami pun dah complete 2 dos vaksin, so no problem. 

Bila dah sampai, kitaorang pergi order pizza, aku beli 2 large pizza. Murah weh, RM 18++ je untuk 1 pizza. Kena tunggu 30 minit untuk order siap. Sementara nak menunggu tu pergi beli tealive, aku beli coffee apa ntah , ma pulak pilih air honeylemon. Belum cukup lagi 30 minit, so tunggu dalam kereta pulak. 

Pizza dah siap , aku pergi ambil and then drive back..on the way tu singgah dekat satay Mastura . Beli Satay rm 50 and lepas tu balik. 

Aku rasa better sikit lepas keluar jalan-jalan dengan ma. Okay la..syukur Alhamdulillah.



8/19/21

Adakah aku depressed

 Np : River flows in you by Yiruma 


Lately aku rasa stress sangat kat tempat kerja. Aku malas nak bergaul atau bercakap dengan sapa2, at one point aku rasa macam tak boleh nak percaya dekat semua orang. Kadang-kadang rasa skeptikal , adakah diaorang ni duduk mengata aku? Even aku rasa tak pun, lebih pada perasaan aku je. Malam pun aku macam susah nak tidur , bila nak lelap tu aku kadang2 boleh terjaga sendiri. Risau fikir apa akan jadi kalau ma tak ada nanti, adakah aku akan hidup sendiri. 

Kalau buat dass score ni aku rasa aku akan ada severe anxiety, severe stress, severe depressed.

Be in medical field itself lagi susah nak call for help. Aku selalu je dapat patient datang dengan masalah yang sama dengan apa yang aku rasa. Bila dengar apa yang diaorang cerita, sama macam yang aku rasa. Soalan yang aku tanya tu kadang2 adalah soalan untuk aku sendiri. 

Aku harap aku boleh bangkit balik dan hilangkan semua ni.

8/5/21

 

Aku teringin nak beli gopro 9 , jadi aku mula la menabung setiap bulan. Dapat gaji je, aku asing 100 ringgit, nak tunggu sampai cukup 2000 hengget . Tapi kan bila dah pegang duit tu, aku rasa macam sayang pulak nak habiskan untuk beli gopro, dengan PKP semacey tak boleh nak gi mano. Jadi sempena birthday aku yang dah kertu ni , aku pun buka la akaun ASB. Bijak tak sis..

Nanti dapat elaun covid hamjadah ni , RM600/month aku nak simpan dalam akaun ASB. Sekarang aku masih on 2 tabung lagi, tabung untuk beli backpack osprey & tabung skincare..gitulah nak mendidik diri , nak beli menabung, tabung cash yer... bila tengok duit tu sendiri mungkin akan tak jadi beli benda2 yang mengarut.. hiks