Tabungan Masa Depan

7/22/20

Jogging buddies



Hujan disore hari


Minggu ni aku mula jogging balik dekat luar. 

3 hari lepas (hari ahad) aku whatsapp kat group (geng makan lunch) ajak jogging lepas waktu kerja, Izzah on nak join aku jogging, Linda pulak tak dapat join sebab kereta dia belum siap lagi. 

Pagi Isnin tu Izzah bagitau dia tertinggal sport shoes pulak kat rumah, baju semua dah bawak. So terpaksa la aku lari sorang-sorang hari tu.  Cuaca panas gila, 6.30 pm tu aku rasa macam 3 petang je, matahari atas macam betul-betul atas  kepala. Cukup 3 km jogging, aku rasa macam semput gile, heart rate pun cecah 160 bpm. Faktor cuaca yang panas  and tak jaga pace masa lari. Sebab dah macam letih, aku pun jalan je la 1 km lagi. cukup 4km can cin cau balik rumah.

Semalam Izzah join aku jogging, kitaorang start jogging dalam pukul 5.40 petang, cuaca panas , tapi tak sepanas macam hari Isnin. Jogging pun leha-lehe jelah, tapi serius aku lagi suka jogging slow. Boleh lama , tak semput dan tak sakit kaki. Ini la kelebihan ada buddies masa running, boleh borak sambil lari, so dalam masa yang sama boleh check heart rate zone kat mana without tengok jam. complete 5 km, 4km jogging, 1km walking. 

Sambung lagi satu sesi hari ni, cuaca mula2 tu macam panas, lepas tu jadi redup. Semangat dah lari dengan Izzah, tak sempat 1km lari hujan pun turun. Apa lagi start kereta terus balik la. 

Niat di hati nak sambung lari dekat treadmill, tapi bila dah sampai rumah ni malas la menyerang setiap urat saraf, so esok je la sambung kalau rajin. 




No comments:

Post a Comment