Tabungan Masa Depan

3/18/21

Rajin menulis

Perancangan aku untuk berpuasa sunat hari ni , Alhamdullilah berjaya. Tak rasa letih sangat, gastric pun tak datang menyerang. Berpuasa dengan aman tenteram. Hari Isnin akan datang aku ingat nak berpuasa sekali lagi. Semoga dapat menjalankan ibadah puasa dengan aman tenteram sama macam hari ni.

Hari ni aku dapat DJI Osmo mobile yang aku pesan melalui shopee. Harganya RM 350, beserta dengan tripod dan juga casing box. Murah kalau nak dibandingkan dengan kedai-kedai lain dekat shoppe. Petang tadi sambil menunggu waktu berbuka aku sempat tengok beberapa youtube yang ajar cara nak guna gimbal ni. Nanti bila ada trip ke pulau atau naik gunung aku nak cuba untuk shoot dan buat movie, for my eyes jelah. 

Sepatutnya aku drive ke rumah Asiah lepas magrib tadi tapi badan terasa letih dan agak mengantuk. Jadi aku mesej asiah & mira bagitahu balik rancangan kitaorang untuk jogging pagi esok ditangguhkan ke hari Sabtu. Esok petang la kot aku akan drive ke rumah Asiah, overnight kat situ dan sabtu pagi berjogging di area drawbridge. 

3/17/21

Perancangan

 

Semalam aku berlari di jogging track Tarom. Aku berhasrat nak mengikuti plan dari Garmin couch yang aku dah pilih, steady run. Aku hanya dapat lari sampai 5.4 km sahaja, kalau tak silap itu baru separuh jarak sebenar. Jam dah menunjukkan pukul 6.15 petang dan betis kananku juga mula rasa sakit, jadi lebih baik aku berhenti dulu.

Mungkin kerana kepenatan berlari disebelah petang menyebabkan aku terlena lebih awal semalam. Nyenyak sekali tidurku malam tadi , mimpi pun tidak menyinggah.

Ramahan akan tiba tidak lama lagi, sekarang pun dah masuk bulan syaaban. Aku rancang untuk berpuasa sunat esok hari, aku nak melatih perut dan mental untuk berpuasa sunat dahulu sebelum ramadhan tiba. Harap-harap aku mampu melaksanakan ibadah puasa ni dengan baik. Amin.

Satu lagi rancangan dan hasrat aku untuk mendaki gunung mungkin akan terlaksana. Semalam aku bertanya kepada seorang kawan yang memang suka mendaki kalau dia ada perancangan untuk mendaki. Alhamdulillah, awal April ini dia memang nak naik Gunung Sarut. Ada juga beberapa kawan lain yang mahu ikut aku ke Sarut nanti. Semoga impian ini benar-benar jadi kenyataan.



3/15/21

Outing with ma

Jam 12:05am
Ditemani bunyi kipas syiling 

Aku ambil cuti rehat selama 2 hari, semalam dan hari ni. Tiada apa-apa perancangan pun ,aku cuma nak berehat sahaja. Lelah rasanya bekerja terutama dibulan Februari yang benar-benar menguji kesabaran aku. Sikit lagi boleh join wadi duduk melepak depan Farmasi Ehsan. Mujur tuhan masih sayangkan aku. 

Hari ini aku dan ma pergi jalan-jalan di Gong Badak. Niat dihati nak beli pakaian untuk hari raya. Beli terus, bulan puasa kalau boleh aku dah taknak ke kedai. Maklumlah dimusim covid 19 ni, keselamatan lebih utama, tak sanggup nak bergelumbang dengan manusia semata-mata nak memilih baju raya.  Namun tiada satu pun baju yang berkenan walaupun dah dua tiga kedai kami masuk. Nak pelepas angin dah datang jauh, aku bawa ma pergi ke ariani. Aku bayarkan sehelai tudung segera yang ma pilih, boleh tahan harga tudung tu. Alah membeli menang memakai, tak apa lah mahal sikit asalkan puas hati. Tudung ma pun dah banyak renyuk dekat kawasan awning, memang patut dibeli baru satu. 

Hati kecil rasa sayu melihat ma berjalan perlahan berbanding aku yang lebih laju menapak. Aku cuba perlahankan langkah biar sama laju dengan langkah kaki ma. Entah kenapa laju pula air mata mengalir, sebak dadaku.  Aku sedar banyak kekurangan aku sebagai anak tapi aku harap aku mampu bahagiakan ma yang dah banyak berkorban untuk anak-anaknya. 

Semoga Allah senantiasa merahmati ma dan semoga aku dapat membahagiakan ma selama-lamanya. Amin

3/14/21

 Hiking & Camping


Next thing that i want to do is blending with nature. Listening to peaceful sound from mothernature, bathing under golden sun rays and sit in front of bonfire talking about life. 

I already did some study about things to be prepared before going hiking and camping. Me be a typical woman is getting excited listing down gear that i need to buy. 

  1. Backpack 45-50 litre : Osprey backpack is in my top checklist. Price is quite expensive but i believe the quality its offer will go well with the price. 
  2. Tent for 2 : I need to do more research about what kind of tent that i should buy
  3. Windbreaker 
  4. Fleece jacket
  5. Hiking Pants
  6. Glove
  7. Mestin 
  8. Stove 
  9. Whistle 
  10. Hiking boot
  11. Hiking sandals
All these things will surely cost me a fortune. I need to start saving from now on.



3/4/21

Tenang

Semalam hari Khamis, Terengganu cuti umum sempena hari lahir Sultan Terengganu. Happy birthday Tuanku, semoga diberi keberkahan & dilindungi Allah sentiasa. 

Aku volunteer sebagai team ACD , bertugas untuk saringan kes Covid 19 dikalangan penduduk kampung. Tugas bermula jam 10.00 pagi dan berakhir pada jam 12 tengah hari. Selesai tugas, kami balik ke KK untuk mandi. Borak-borak sementara nak tunggu giliran mandi, diaorang semua nak ikut hantar sampel ke Kota Bharu, aku ambil peluang untuk ikut sekali. 

Perjalanan pergi dan balik dari klinik ke KB tak terasa lamanya sebab asyik berborak dengan staff. One of the happiest day of my life. 

Petang ni aku akan ke rumah Asiah, sleep over situ. Pagi esok nak mendaki Bukit Maras, Insyallah. 


2/22/21

Rezeki

Selalu dengar orang-orang sebut "kalau rezeki tu tak kemana" ataupun "rezeki masing-masing tu dah ditetapkan", in fact aku sendiri pun selalu sebut benda ni. 

Satu hari tu aku macam lebih sedar apa maksud kata-kata tu, contohnya kalau bulan tu ditakdirkan rezeki aku adalah sebanyak RM1000 sahajalah katakan. Walaupun gaji dapat banyak, tapi kalau Allah dah kata rezeki aku banyak tu je, banyak tu je lah. Boleh jadi selain duit RM 1000 tu, duit lain akan digunakan sebab kereta rosak ke, nak kena baiki rumah ke atau apa-apa musibah lain la. Rezeki tu akan mengalir ke orang lain. Bila fikir-fikir balik sebab itulah kita kena selalu bersedekah, sebab kalau kita tak bagi sedekah pun duit tu tetap tak akan jadi milik kita, jadi baiklah bersedekah. 

2/19/21

Mok

Tadi aku hantar makanan ke rumah mok. Hari ni aku duduk lama sikit , berbual-bual dengan mok. Aku mengadu penat dah bekerja, rasa macam nak cari kerja lain. Sebab aku dah sebut pasal ni, mok pun cerita la pengalaman dia kerja keras zaman muda-muda dulu. Mok memang seorang yang sangat rajin berbakti pada tanah dan bekerja keras untuk menyara keluarga. Mok cerita kalau dah masuk musim hujan , dia akan mula menyemai benih2 sayur. Tanah akan diletakkan diatas pelepah kelapa dan kemudian dibakar, lepas tu benih sayur akan ditabur atas tanah yang dibakar tadi.  Bila benih dah jadi anak pokok, proses seterusnya dipanggil cedung, anak pokok ni akan dipindahkan kebatas-batas. Lepas anak pokok ni makin besar, anak pokok ni akan dipindahkan & ditanam semula, baja akan diletakkan dan digaul dengan tanah, lepas tu anak pokok akan ditanam. 

Mok cerita juga diakan gali sendiri telaga ditempat dia menanam, dengan kudrat perempuan..hebat. Hasil tanaman ni dijual kepada peraih-peraih. Mok cerita hanya sekali je dia pernah ke jerteh dengan tok ayah untuk jual terung yang ditanam, dua guni banyaknya. Sesampai di jerteh, dah ada 2 orang peraih tunggu dan beli terung dari mok.

Pernah sekali kata mok, jari dia disengat lipan semasa nak tanam anak pokok. Sebab sakit sangat mok minta tok ayah bawak ke klinik, sampai diklinik dapat 2 jenis ubat suntikan yang dressar bagi. Tak lama lepas dapat ubat mok rasa pening macam nak jatuh, tok ayah minta mok tunggu diklinik dan pergi ke rumah cikgu Him nak minta hantar mok dengan kereta sebab mok & tok ayah ke klinik dengan motor.  Tapi rupanya cikgu Him tak ada kat rumah. Jadi mok & tok ayah naik motor untuk balik, sampai tengah jalan mok suruh tok ayah berenti sebab dia rasa nak pitam. Bila tok ayah berenti je, mok kata dia terus pitam tapi boleh dengan lagi suara tok ayah panggil. Tok ayah terus tahan kereta tepi jalan, nasib baik kereta Tok wan daud laulu, dia berenti dan tolong papah mok ke rumah. Mok kata sampai rumah dia memang terus tidur sampai la esoknya. Kata mok dia berasa malu dengan tok wan daud sebab peristiwa ni. 

Untung mok dapat suami macam tok ayah, mereka bukanlah pasangan rumantik tapi hidup dengan penuh rukun. Masa menaip ni aku menitiskan air mata, semoga arwah tok ayah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.