Tabungan Masa Depan

4/9/20

No weekend for me

Padat jadual minggu ni. 
Penat pun boleh tahan, da 2 hari, balik je mandi lepas tu terus masuk dalam bilik. Lepas magrib terus tidur. 
Bangun pukul 5,30 pagi, sembahyang isyak lepas tu tunggu subuh then siap2 g kerja balik. 

Esok pulak standby untuk kes covid dekat KK Rahmat 
Lusa oncall HSC Covid
Harap-harap la tak ada kes. Gue mau istirahat. 

Kekadang tu rasa jugak la nak cuti panjang macam orang lain tapi tak nak panjang sangat macam dalam PKP ni
aku tak burn out lagi setakat ni, boleh berkhidmat seperti biasa lagi
hormonal imbalance tu biasa la, nama pun wanita khen

aku tak setuju dengan orang-orang yang duduk post kat fb gambar2 orang yang positif covid ni. walaupun tuan badan yang post cerita beliau sendiri, tapi rasanya tak perlu la kot ko nak menambah dosa dengan post lagi statement dia. apa pekdahnya ..


No comments:

Post a Comment