Tabungan Masa Depan

2/7/21

Resolusi

Setelah sekian lama aku tak naik atas penimbang,pagi tadi aku timbang la berat badan aku, 57.2 kg. Aku memang bersukan secara rutin, kebanyakkannya berlari ditreadmill. Tapi kalau makan memang aku langsung tak kawal. Aiskrim, kek, roti, jajan dan sebagainya memang aku makan je walaupun kolesterol aku tinggi gila. 


Hari ni aku rasa aku nak mula balik diet. Plan aku setakat ni:

1. Nescafe sekali sehari dengan gula 1 sudu kecil waktu pagi atau malam

2. Makan nasi 1 senduk sahaja dengan lauk tanpa kuah 

3. Katakan tidak pada coklat, aiskrim,kek dan jajan. 

4.  Makan buah-buahan

Untuk aktiviti sukan aku akan teruskan dengan larian ditreadmill dan ditambah dengan strength exercise. 


Due next week aku aim untuk turunkan 0.5 kg. Kita tengok dapat tak aku realisasikan resolusi ni. 

No comments:

Post a Comment