Tabungan Masa Depan

2/8/21

Hiking

Sekarang ni aku tengah amat berminat nak buat outdoor activity macam hiking. Aku dah mula buat sikit pembacaan pasal hiking around Terengganu ni. Aku aim nak daki Gunung Tebu sebagai permulaan. 

Tengah hari tadi masa lunch break, aku berbual dengan kak mai & ainun pasal perancangan aku untuk naik Gunung Tebu ni. Diaorang menyambut baik dan nak ikut serta aku naik. Kak Mai sendiri dah pernah ada pengalaman nak Gunung Tebu dan cadangkan supaya camping kat situ , plan asal aku nak dayhike sahaja. Borak punya borak, Ainun cadangkan supaya start daki bukit dulu sebelum naik gunung. InsyaAllah lepas habis PKP ni nak naik Bukit Maras. Sebelum ni pun aku dah plan dengan Asiah untuk naik Bukit Maras lepas habis PKP, jadi besar la sikit member mendaki.

Aku dah start tengok website decathlon untuk beli barang- barang hiking. Antara benda yang aku nak beli adalah:

Water bladder 2 litre
Topi hiking
Kasut Hiking
Hiking pole 
Glove
Seluar Hiking
Tent 
Tempat masak + cawan 

Satu lagi benda yang aku nak beli adalah Gopro , still undecided 8 ke 9. Yang penting aku dah mula menabung untuk beli gopro. 

No comments:

Post a Comment