Esok ada mesyuarat pengurusan di pejabat. Kalau ikutkan hati aku memang tak nak pergi mesyuarat esok, nak duduk dekat klinik tengok pesakit sahaja, tapi bos minta aku untuk hadir jugak. Memandangkan ini adalah mesyuarat terakhir yang perlu aku pergi, aku akan hadirkan diri.
Secara rasmi aku dah menyerahkan jawatan MOIC di klinik. 2 bulan ni tempoh yang sekejap tetapi banyak benda yang aku belajar dan aku rasa cukuplah. Masalah satu demi satu muncul, bahagian masalah tu aku okay lagi, tapi bila aku rasa macam aku keseorangan je buat kerja dan aku dah mula ada gejala-gejala stress yang dah nak masuk depress, aku rasa baiklah aku berhenti. Aku boleh offer better service kalau aku tak perlu incharge clinic. Niat nak berhenti tu dari dah lama, tapi ada satu peristiwa yang trigger aku untuk letak jawatan. Dan aku pun tekad berjumpa bos dan berterus terang dengan cucuran air mata 😅yang aku dah tak boleh bagi khidmat sebagai MOIC.
Beralih kepada hal lain, aku sekarang tengah layan beberapa channel youtube, dan yang paling aku suka adalah channel Zahariz, adventerous traveller. Semoga suatu hari nanti aku dapat mengembara jugak
No comments:
Post a Comment