Tabungan Masa Depan
7/24/20
7/22/20
Jogging buddies
![]() |
| Hujan disore hari |
Minggu ni aku mula jogging balik dekat luar.
3 hari lepas (hari ahad) aku whatsapp kat group (geng makan lunch) ajak jogging lepas waktu kerja, Izzah on nak join aku jogging, Linda pulak tak dapat join sebab kereta dia belum siap lagi.
Pagi Isnin tu Izzah bagitau dia tertinggal sport shoes pulak kat rumah, baju semua dah bawak. So terpaksa la aku lari sorang-sorang hari tu. Cuaca panas gila, 6.30 pm tu aku rasa macam 3 petang je, matahari atas macam betul-betul atas kepala. Cukup 3 km jogging, aku rasa macam semput gile, heart rate pun cecah 160 bpm. Faktor cuaca yang panas and tak jaga pace masa lari. Sebab dah macam letih, aku pun jalan je la 1 km lagi. cukup 4km can cin cau balik rumah.
Semalam Izzah join aku jogging, kitaorang start jogging dalam pukul 5.40 petang, cuaca panas , tapi tak sepanas macam hari Isnin. Jogging pun leha-lehe jelah, tapi serius aku lagi suka jogging slow. Boleh lama , tak semput dan tak sakit kaki. Ini la kelebihan ada buddies masa running, boleh borak sambil lari, so dalam masa yang sama boleh check heart rate zone kat mana without tengok jam. complete 5 km, 4km jogging, 1km walking.
Sambung lagi satu sesi hari ni, cuaca mula2 tu macam panas, lepas tu jadi redup. Semangat dah lari dengan Izzah, tak sempat 1km lari hujan pun turun. Apa lagi start kereta terus balik la.
Niat di hati nak sambung lari dekat treadmill, tapi bila dah sampai rumah ni malas la menyerang setiap urat saraf, so esok je la sambung kalau rajin.
7/20/20
Pulau Redang
Travelling date : 17/7/2020 -19/7/2020
Accommodation + Snorkelling fee : RM 300
Fee to tutle point & little maldives : RM 45
Snorkelling gear & life jacket : RM 15
Aida & Nisa roger nak pergi Pulau Redang. Memula tu aku macam tak boleh nak join sebab kena attend course, sekali nama aku cancel pulak, so onz la.
Hari jumaat, lebih kurang pukul 2 pagi Nisa & Aida sampai dari KL. Tidur -tidur ayam kejap sementara menanti mentari pagi menjelma. Aku pun tak boleh nak tidur sangat , excited maybe.
Dari rumah aku ke jeti Merang ambil masa lebih kurang 30 minit. Kalau orang lain drive mungkin boleh sampai lagi awal la kot. Aku baru tau rupa-rupanya ada 2 jeti dekat Merang, 1 jeti yang dibuat oleh goverment , satu lagi macam orang kampung punya, unofficial jeti. Kitaorang naik dekat jeti yang unofficial ni. Kereta pun tinggal sini je, RM30 untuk 3 hari 2 malam. Alhamdulillah selamat je nak tinggal pun.
Kitaorang duduk Delima Redang Resort, dari Jeti Merang ke situ ambil masa lebih kurang 30 ke 40 minit.
Aku tak ingat dah pukul berapa sampai, maybe dalam pukul 10.30 pagi kot. Bila sampai tu ada welcome drink and after bilik ready kitaorg pun check in la.
Bagi aku dengan harga RM300 tu memang berbaloi la bilik dia. ada 1 queen bed , 1 single bed, attached bathroom , aircond and fan. Makan pulak 4x/hari, ayam and ikan tu lauk wajib ada untuk lunch and dinner.
Untuk Day 1 , aku & nisa pergi snorkelling. Aku expect akan pergi few point untuk snorkelling. Tapi pergi 1 point je . Time snorkelling pulak memang ada 2-3 boat. Ramai nau orang. Pukul 4 petang balik . Aida pergi diving, jeles pulak i.
Day 2 , pagi tu dalam pukul 10 lebih kot, kitaorg snorkelling sekali lagi dekat open sea. Coral memang cantik, ikan pun banyak. Tapi agak berombak la time tu. Lepas balik dari snorkelling pagi tu, kitaorg decide untuk g snorkelling dekat turtle point and pergi mini maldives.
Memang worth every penny la pergi dekat turtle point tu. Ada 9 ekor penyu dekat situ. Boleh belai2 dan bermanjah dengan beliau. Aku cukup sekadar nak ambil gambar and video je la. Nak belai2 tu lambat lagi.
Habis la sesi snorkelling kami, balik bilik rehat2. Lepas tu pergi dinner
Rezeki kitaorg , rupanya Datuk Dr Zulkifli , menteri agama dengan exco2 badan agama terengganu kot ada dinner situ. Bukan senang nak jumpa ulama ni. Excited jap rasa.
Day 3, pukul 7.30 kitaorg pun pulang la ke darat.
begitulah cerita ringkas jalan2 pulau redang
Aku nak bubuh gambar, tapi internet pulak slow melow ni.
7/11/20
Am i hot tempered person?
Am I?
Depending on my hormonal state. If it is approaching my menstrual i will be very cranky and easily irritated. So better dont try my patience.
Do I need to change?
Absolutely i need to control my tempered. I do realize whatever i say or i do might affect my life later. Some are things that can be permanent, things that can be undo.
What should i do?
I should try to control my breathing. Take a deep breath.
I should give myself a moment. Get out from place/person that make me angry. A cup of coffee maybe and then after i feel better i should get back.
I should remember that anger is from syaitan. Anger is evil. I should chant this in my head over and over again.
I should say nothing
What i feel when i become angry?
I can sense my blood pressure is rising, my heart beat faster, the hot flushing ascend from my chest to my head. My breathing also became faster.
Do i need to silent myself?
Most of the time, yes.
But if it is unjustice, i should speak up from myself.
Learn to love yourself
You make your own self happy.
6/25/20
Pengalaman pasang impant gigi
my dental CBCT
Alkisah bermula bila aku ada on and off pain dekat area missing teeth ni. So pergi la jumpa member dentist dekat klinik aku berkhidmat.
Sebab gigi lain semua ok, gusi pun tak ada masalah. Dia dan kawan2 dentist suggest aku untuk buat CBCT dekat private clinic, dan yang ada kat terengganu ni adalah klinik pergigian sidi. Sebab nak tau kenapa sakit aku pun okay la untuk direfer.
Kos untuk buat CBCT ni RM350. Hasil CBCT aku pun okay je la. Tak ada caries gigi ke apa.
Alang-alang tu dentist discuss la pasang option untuk missing teeth aku ni. The best option is implant, which is very expensive la. Aku macam reluctant jugak nak buat sebab pernah dah direfer ke goverment and diaorg kata tak sesuai buat impant sebab aku punya bone tu terlalu nipis. Sudahnya kena pakai denture. Aku cuba la pakai tapi memang tak boleh nak go on.
Sebab mahal sangat , dentist bagi option untuk refer ke HUSM, student yang akan buat tapi supervised by specialist la. Aku pun agreed la. Punya la lama tunggu bulan 4 tu aku mesej balik tanya, apparently semua non emergency case withold sebab covid 19 ni.
Fikir punya fikir, aku pun decide untuk buat dekat Klinik Pergigian Sidi je la. Tutup mata je la bayar. I think this is as investment for myself, my health.
So semalam aku pergi la klinik, to be honest ada sedikit debaran sebelum buat tu. Dentist yang handle case aku ni ada senior DO dari HSNZ. Seriously mmg pro la , sakit sikit je time die cucuk ubat bius tu. Chill2 je la.
Procedure nak pasang ni ambil masa dalm 1jam 30 min, sebab aku punya bone macam masalah pulak. Kena letak bone graft. Penat nak nganga je la. Sepanjang 1 hour procedure tu mmg tak sakit langsung, masuk 30 minit terakhir tu da rasa sakit sikit2, tambah lagi local anaestetic, so sakit hilang terus.
Lepas siap tu rasa kebas2 sikit. Dapat painkiller (arcoxia + ponstan) and Augementin untuk cover infection.plus ubat kumur2 mulut. Pain score sekarang 1/10 without any analgesic.
Harga implant: 5000
Harga bone graft : 1000
Tambah crown (sebab xboleh buat 2 implant, so crown je tambah) : 1400
Antibiotic : 35
ubat kumur : 10
Aku bayar half dulu , 3500. Next appointment dalam 5-6 bulan lagi, kalau ok baru boleh letak crown. Second surgery ni dalam bulan 11-12 jugak la kot.
Next aku aim nak pasang bridge pulak kat gigi belah kiri ni. semoga ada rezeki untuk settle masalah gigi aku ni.
6/18/20
Bil TNB
Aku antara rakyat Malaysia yang terkejut tengok bil elektrik lepas musim PKP ni
Even aku da bayar tiap-tiap bulan bil anggaran ikut TNB bagi pun, bil elektrik rumah aku still tinggi, macam kena scam pun ada
Harap gov dapat buat sesuatu la untuk pengiraan isu bil elektrik ni. sebab memang tak tercapai akalku.
Boleh beli cincin emas da sebentuk.
![]() |
| Freaking expensive! |
6/16/20
Jogging
Subscribe to:
Posts (Atom)




