Tabungan Masa Depan

8/31/20

Buat lesen open water scuba diving

 

Hello hello

Dah masuk bulan september , sekejap je masa berlalu. 


Setelah dua kali (dua bulan berturut-turut) aku pergi pulau, akhirnya aku dan Nisa decide nak buat lesen untuk scuba diving. Aku pernah buat discover scuba diving masa 2017 or 2018, ada niat nak buat lesen tapi terkubur macam tu je la. Sampailah reunion dengan Nisa and Aida tahun ni, baru terbuka balik hati nak buat lesen. 


Tempat & Kos

Aku buat lesen dekat Pulau Perhentian, di Seahorse diving centre. Seahorse ni dekat long beach, malam-malam tu meriah uols . Harga untuk lesen OW + bilik + meals + equipment  RM1400. Bilik dengan attached bathroom dan kipas. Makan 3 kali sehari, bab makan ni memang puas hati, lauk sedap, portion pulak banyak sampai terlebih. Untuk bilik tu kitaorang upgrade , tambah lagi RM360 untuk 3 malam.

Boat transfer , return ticket RM 70. 

Masa dekat jeti kena bayar RM 5 per person untuk marine park


Pakaian

Aku pakai baju dryfit dan seluar yang tight sikit. Tudung neelofa yang ada tali kat belakang tu, beli dekat shopee, RM45 kot. 

Sebelum nak pergi ni, aku ada google jugak la pakaian apa yang sesuai nak pakai untuk buat lesen ni. Main concern jugak la bab pakaian ni, sebab mostly aku nampak pakaian untuk diving ni agak fit. Yer la nak masuk air ni kalau loose sangat nanti tersangkut baju kat dalam tu, panic jugak. Tapi Alhamdulilah, lepas je nak pakai baju jogging aku. Sejuk sikit, tapi boleh tahan. 

Mask , fin, BCD, regulator dan lain-lain tu memang provided by diving centre. 


Perasaan

Takut tapi dalam masa sama rasa teruja. As long as kita tak panic, everything will be okay.  Listen to your instructor , dont forget to breath in and out and have fun. 

since diving ni expensive hobby, kena buat betul- betul, fun-fun jugak tapi safety tu paling penting. 


Gambar tak ada lagi. Nanti kalau ada aku akan upload. 





8/20/20

Throwback Korea 2017


Ni dekat Busan , bercanda tepi pantai dari petang sampai magrib dengan Asiah. 
Busan ni 3rd place yang kitaorg pergi dekat Korea. Mula-mula pergi seoul, lepas tu gwang-ju and final destination Busan 

Big city jugak tapi lebih laid back la berbanding dengan Seoul. Tak ingat dah nama pantai ni, iconic dia bridge depan pantai tu.

Masa lepak-lepak kat sini ada dua orang bangladesh join kitaorg. Borak pasal apa pun tak ingat dah. Dua2 tu pelajar kat korea.


    Ni interior design hotel yang kitaorg duduk dekat Busan. Harga pricey sikit tapi berbaloi sebab tempat dia lawa dan kemas. Hotel ni dalam subway jugak, senang la nak gerak pergi mana-mana.



    Ni situasi kat pantai tu bila senja menjelma. cantik sangat
Aku ingat lagi la, lepas lepak kat pantai kitaorng jalan-jalan sekitar situ layan orang2 busking pulak. Feeling k-pop sikit. 


Ni pun aku dah lupa nama tempatnya. Yang ingat nak pergi sini boleh naik bas, tapi jauh jugak la. Free entrance je nak sampai sini. Asal nak pergi sini sebab Asiah bagitau ni tempat shooting drama korea, aku tengok drama tu tapi tajuk tak ingat jugak.


Bestnya pergi travel. Alhamdulillah sempat juga aku pergi 2,3 negara sebelum covid-19 ni menjelma. Tak tau la bila pulak selamat untuk pergi travel. 

8/6/20

Highlite of the week

 

Appointed as MO Incharge

Dengan berat hati dan terpaksa, aku kena jadi MO incharge klinik.  Aku da berterus terang dengan bos yang aku tak mampu nak pikul tugas ni sebab i seriously have bad communication problem with others.

since boss insisted , i have too.  Kata bos , dunia ni sementara jer, xpayah stress. Lagipun it's about teamwork, i will not working alone. She believe i can do it even i doubt myself


Electric shock

Pagi tadi aku terkena renjatan elektrik, ada la dalam 30 seconds.  Lepas mandi, aku nak ambil jam fitbit yang aku charge dari malam tadi, aku terlupa nak off switch. Sekali current tu terus tangkap tangan aku, memang melekat jam tu dengan tangan, satu badan rasa buzz buzz. Aku nak try tarik dengan tangan lagi satu pun tak berjaya. Lepas 30 sec tu, jam tu tercampak dari tangan. Sikit lagi nak mati. 

Aku tetap pergi kerja , sampai klinik ambil vital sign and buat ecg. Bp je lowish sikit, nasib la ecg ok je. 

Sampai sekarang aku rasa tangan aku ni sakit and lenguh lagi. Lepas ni kena make sure tutup dulu plug, before nak ambil apa2 alat elektrik. 


7/31/20

Selamat Hari Raya Aidiladha

Selamat hari raya Aidiladha
Maaf zahir & batin 
semoga ibadah korban kita diterima oleh Allah s.w.t 

😊

7/30/20

Keputusan HLP

Akhirnya result HLP keluar hari ni
Tak Berjaya

Jujurnya, habis je temuduga hari tu, aku sangat yakin aku akan failed. 
Sampai hari ni aku masih tak jumpa jawapan kenapa aku pilih family medicine 
Aku nak sambung belaja je, tak kisah apa-apa pun, kalau misalnya sekarang aku duduk kat ED, aku akan minta ED, kalau duduk medical, akan minta master medical. Tak ada specific reason. 

Aku pun tak tau la nak ambil interview lagi ke tak tahun ni. Tengok la macam mana nanti. Kena buat solat istikharah dulu. 

Perasaan sekarang okay je sebab memang niat awal nak gain experience je, sedih ke kecewa tu tak ada la. Kalau misalnya dapat berat jugak hati nak pergi, tapi of course akan pergi.  Tapi kan bila orang try comfort aku, suruh cuba lagi tu jadi sayu la sikit. dasar hati tisu betul..haha. 

Yang penting aku nak lulus ambik lesen scuba diving. Hat ni top priority. :)

7/24/20

Hari minggu




Percubaan untuk memupuk sifat membaca. 
Aku lebih suka baca buku novel/buku cerita dari bahan-bahan yang ilmiah/motivasi. Tapi semangat membaca buku aku ni on off. Time datang semangat nak membaca tu, macam2 buku la beli. sudahnya dah bertahun pun tak habis lagi. 

Buku gadis bestari ada simpanan sendiri ni aku beli masa bulan-bulan MCO hari tu. Aku beli 2 biji, satu lagi tajuknye wang anda dimana? pun belum habis lagi baca. So aku aim nak habiskan 2 biji buku ni by 2nd week bulan 8. 

Linda bagitau kalu nak baca buku, kena tetapkan deadline bila nak habiskan buku tu. Jangan skip nak baca buku lain selagi tak habis buku tu. Dengan berbekalkan nasihat dari sahabatku ini, berjaya la aku habiskan satu novel "broken man". Tak silap dah 2 tahun aku cuba baca novel ni,hahaha. Akhirnya habis pun. 

Happy weekend semua :)


7/22/20

Jogging buddies



Hujan disore hari


Minggu ni aku mula jogging balik dekat luar. 

3 hari lepas (hari ahad) aku whatsapp kat group (geng makan lunch) ajak jogging lepas waktu kerja, Izzah on nak join aku jogging, Linda pulak tak dapat join sebab kereta dia belum siap lagi. 

Pagi Isnin tu Izzah bagitau dia tertinggal sport shoes pulak kat rumah, baju semua dah bawak. So terpaksa la aku lari sorang-sorang hari tu.  Cuaca panas gila, 6.30 pm tu aku rasa macam 3 petang je, matahari atas macam betul-betul atas  kepala. Cukup 3 km jogging, aku rasa macam semput gile, heart rate pun cecah 160 bpm. Faktor cuaca yang panas  and tak jaga pace masa lari. Sebab dah macam letih, aku pun jalan je la 1 km lagi. cukup 4km can cin cau balik rumah.

Semalam Izzah join aku jogging, kitaorang start jogging dalam pukul 5.40 petang, cuaca panas , tapi tak sepanas macam hari Isnin. Jogging pun leha-lehe jelah, tapi serius aku lagi suka jogging slow. Boleh lama , tak semput dan tak sakit kaki. Ini la kelebihan ada buddies masa running, boleh borak sambil lari, so dalam masa yang sama boleh check heart rate zone kat mana without tengok jam. complete 5 km, 4km jogging, 1km walking. 

Sambung lagi satu sesi hari ni, cuaca mula2 tu macam panas, lepas tu jadi redup. Semangat dah lari dengan Izzah, tak sempat 1km lari hujan pun turun. Apa lagi start kereta terus balik la. 

Niat di hati nak sambung lari dekat treadmill, tapi bila dah sampai rumah ni malas la menyerang setiap urat saraf, so esok je la sambung kalau rajin.